About Me

My photo
(^_^) Khairun Aimi bt Khairun Anuar ~sebaik-baik keberkatan sebaik-baik cahaya~ (^_^) 03071991

Saturday 15 December 2012

Pahit Manis ~1st experience as student nurse~


REFLECTIVE JOURNAL
KHAIRUN AIMI BINTI KHAIRUN ANUAR


D-Describe objectively what happened
Sekadar perkongsian pengalaman.
Pada minggu kedua saya berada di wad 3 Utara, tugas harian saya seperti biasa, basuh BO, IO chart, sukat urine dan lain-lain. Journal saya kali ini hanya untuk berkongsi satu pengalaman manis dan pahit sepangjang 2 minggu di 3 Utara.
-25/11/12(Ahad).. Shift petang. Setibanya saya di wad, saya dikejutkan dengan berita salah seorang pesakit yang pernah saya jaga sekejap telah meninggal dunia. Saya terus terbayang apa yang berlaku pada malam terakhir praktikum saya pada minggu pertama.

I-Interpret the event
Paling mengharukan dan menyedihkan apabila dikenang kembali memori itu.
-21/11/12(Rabu).. 9.00pm, ketika itu saya sudah mahu pulang. Sedang berjalan, saya lihat arwah menutup mukanya dengan tuala 'good morning' yang lembap. Terdetik di hati saya ingin bergurau dengan arwah. Saya tarik sedikit hujung tuala itu dan "CHAKK!" dengan arwah. Arwah tidak membuka matanya pun, malah menarik semula kain tuala itu. Saya berkata kepada arwah, "Dik, kak aimi nak balik dah..Adik tak nak tengok ke kakak balik? Esok akak xdatang kerja dah. Hari Ahad baru akak datang balik". Tetapi arwah masih enggan membuka kain tuala yang menutupi mukanya. Saya pun usap lengan dia dan berkata,"Erm xpelah dik..Kak Aimi balik dulu ya..Nanti kita jumpa lagi tau". Saya pun berlalu. Baru 5 kaki melangkah, kakak kepada arwah memanggil. Saya menoleh. Saya lihat arwah memandang saya dan melambai saya supaya datang ke arah dia. Arwah hulurkan tangan, kakak arwah kata kepada saya yang arwah nak amin(salam tangan saya). Saya pun capai genggam tangan arwah. Arwah salam dan cium tangan saya. Tidak saya sangka, itu merupakan salam dan ciuman tangan yang pertama daripada seorang pesakit dan yang terakhir daripada arwah Zaini Zalaila,18 tahun.

E- Evaluate the effectiveness and efficiency of what was observed.
Walaupun sekejap, tapi saya tidak menyesal kerana saya telah melakukan sedaya upaya saya untuk menyenangkan dan tidak menyakiti hati pesakit.
-19/11/12.. Saya mengahantar dan menunggu arwah di Jabatan Radiologi. Di jabatan radiologi, saya telah menjadi cheffron kepada doktor lelaki cina yang melakukan ultrasound di abdomen arwah. Setelah selesai di bahagian ultrasound, arwah telah dibawa pula ke bahagian x-ray. Di bahagian x-ray, saya telah menolong doktor di situ mengeluarkan cecair dari tiub di hidung arwah. Di luar bilik x-ray, arwah lihat ke arah saya, arwah menangis, arwah tunjuk ke arah hidungnya, cuba untuk menarik keluar tiub itu. Saya tahan, saya cuba tenangkan pesakit, saya usap-usap tangan pesakit bagi meredakan perasaan arwah. Arwah mesti berada dalam keadaan kesakitan.
-21/11/12.. Saya shift petang. Saya masuk wad  dan dapati arwah masih berada di dalam wad 3 Utara. Dengan maklumat yang diterima daripada member shift pagi, arwah telah melakukan pembedahan. Saya lihat ada kesan jahitan pada perut arwah. Pada malam itu, saya bersama-sama Aza, Aishah, Amalina dan Ash telah melakukan 'sponging' kepada arwah. Arwah sangat sukakan air. Arwah tersenyum dengan sendiri apabila air terkena pada kepala dan badannya. Kami terhibur dengan telatah arwah. Siapa sangka, malam itu merupakan malam terakhir kami bersama arwah.

P-Plan how this information will be useful to you.
Menyenangkan, menenangkan dan terima setiap keadaan pesakit amat penting kepada setiap 'health care giver', termasuklah jururawat mahupun doktor. Bagi kes ini, supaya tiada kekesalan yang terbit di hati apabila menerima khabaran 'pemergian' arwah. Bukan saya nak kata saya ni baik, tapi saya mengambil iktibar apa yang berlaku di dalam Jabatan Radiologi. Semasa saya mengeluarkan cecair dari dalam badan arwah melalui tiub di hidungnya, entah macam mana, tiub itu terbuka dan cecair yang keluar itu mengeluarkan bau yang agak busuk. Yang menyedihkan saya, beberapa doktor di sana secara terang-terangan menunjukkan riak muka tidak senang dan bertindak menjauhkan diri dengan arwah. Malah, saya terdengar perkataan, "Busuknya". Saya yang tiada kaitan dengan arwah pun terasa sedih apatah lagi empunya badan dan seorang relatif pesakit yang berada di situ. Walaupun arwah seorang pesakit OKU, tidak boleh bercakap tetapi dia faham setiap apa yang kita kata (berdasarkan tindak balas arwah dengan setiap kata-kata@arahan relatif, saya mahupun doktor). Pengajaran di sini, kita sebagai 'health care giver' haruslah menjaga hati dan perasaan setiap pesakit dan relatif mereka. Supaya mereka tidak tersinggung dan kita pun tidak menyesal dengan keterlanjuran apabila mendengar khabar pemergian mereka.
Al-Fatihah buat arwah Zaini Zalaila.




No comments: