About Me

My photo
(^_^) Khairun Aimi bt Khairun Anuar ~sebaik-baik keberkatan sebaik-baik cahaya~ (^_^) 03071991

Saturday 15 December 2012

Pahit Manis ~1st experience as student nurse~


REFLECTIVE JOURNAL
KHAIRUN AIMI BINTI KHAIRUN ANUAR


D-Describe objectively what happened
Sekadar perkongsian pengalaman.
Pada minggu kedua saya berada di wad 3 Utara, tugas harian saya seperti biasa, basuh BO, IO chart, sukat urine dan lain-lain. Journal saya kali ini hanya untuk berkongsi satu pengalaman manis dan pahit sepangjang 2 minggu di 3 Utara.
-25/11/12(Ahad).. Shift petang. Setibanya saya di wad, saya dikejutkan dengan berita salah seorang pesakit yang pernah saya jaga sekejap telah meninggal dunia. Saya terus terbayang apa yang berlaku pada malam terakhir praktikum saya pada minggu pertama.

I-Interpret the event
Paling mengharukan dan menyedihkan apabila dikenang kembali memori itu.
-21/11/12(Rabu).. 9.00pm, ketika itu saya sudah mahu pulang. Sedang berjalan, saya lihat arwah menutup mukanya dengan tuala 'good morning' yang lembap. Terdetik di hati saya ingin bergurau dengan arwah. Saya tarik sedikit hujung tuala itu dan "CHAKK!" dengan arwah. Arwah tidak membuka matanya pun, malah menarik semula kain tuala itu. Saya berkata kepada arwah, "Dik, kak aimi nak balik dah..Adik tak nak tengok ke kakak balik? Esok akak xdatang kerja dah. Hari Ahad baru akak datang balik". Tetapi arwah masih enggan membuka kain tuala yang menutupi mukanya. Saya pun usap lengan dia dan berkata,"Erm xpelah dik..Kak Aimi balik dulu ya..Nanti kita jumpa lagi tau". Saya pun berlalu. Baru 5 kaki melangkah, kakak kepada arwah memanggil. Saya menoleh. Saya lihat arwah memandang saya dan melambai saya supaya datang ke arah dia. Arwah hulurkan tangan, kakak arwah kata kepada saya yang arwah nak amin(salam tangan saya). Saya pun capai genggam tangan arwah. Arwah salam dan cium tangan saya. Tidak saya sangka, itu merupakan salam dan ciuman tangan yang pertama daripada seorang pesakit dan yang terakhir daripada arwah Zaini Zalaila,18 tahun.

E- Evaluate the effectiveness and efficiency of what was observed.
Walaupun sekejap, tapi saya tidak menyesal kerana saya telah melakukan sedaya upaya saya untuk menyenangkan dan tidak menyakiti hati pesakit.
-19/11/12.. Saya mengahantar dan menunggu arwah di Jabatan Radiologi. Di jabatan radiologi, saya telah menjadi cheffron kepada doktor lelaki cina yang melakukan ultrasound di abdomen arwah. Setelah selesai di bahagian ultrasound, arwah telah dibawa pula ke bahagian x-ray. Di bahagian x-ray, saya telah menolong doktor di situ mengeluarkan cecair dari tiub di hidung arwah. Di luar bilik x-ray, arwah lihat ke arah saya, arwah menangis, arwah tunjuk ke arah hidungnya, cuba untuk menarik keluar tiub itu. Saya tahan, saya cuba tenangkan pesakit, saya usap-usap tangan pesakit bagi meredakan perasaan arwah. Arwah mesti berada dalam keadaan kesakitan.
-21/11/12.. Saya shift petang. Saya masuk wad  dan dapati arwah masih berada di dalam wad 3 Utara. Dengan maklumat yang diterima daripada member shift pagi, arwah telah melakukan pembedahan. Saya lihat ada kesan jahitan pada perut arwah. Pada malam itu, saya bersama-sama Aza, Aishah, Amalina dan Ash telah melakukan 'sponging' kepada arwah. Arwah sangat sukakan air. Arwah tersenyum dengan sendiri apabila air terkena pada kepala dan badannya. Kami terhibur dengan telatah arwah. Siapa sangka, malam itu merupakan malam terakhir kami bersama arwah.

P-Plan how this information will be useful to you.
Menyenangkan, menenangkan dan terima setiap keadaan pesakit amat penting kepada setiap 'health care giver', termasuklah jururawat mahupun doktor. Bagi kes ini, supaya tiada kekesalan yang terbit di hati apabila menerima khabaran 'pemergian' arwah. Bukan saya nak kata saya ni baik, tapi saya mengambil iktibar apa yang berlaku di dalam Jabatan Radiologi. Semasa saya mengeluarkan cecair dari dalam badan arwah melalui tiub di hidungnya, entah macam mana, tiub itu terbuka dan cecair yang keluar itu mengeluarkan bau yang agak busuk. Yang menyedihkan saya, beberapa doktor di sana secara terang-terangan menunjukkan riak muka tidak senang dan bertindak menjauhkan diri dengan arwah. Malah, saya terdengar perkataan, "Busuknya". Saya yang tiada kaitan dengan arwah pun terasa sedih apatah lagi empunya badan dan seorang relatif pesakit yang berada di situ. Walaupun arwah seorang pesakit OKU, tidak boleh bercakap tetapi dia faham setiap apa yang kita kata (berdasarkan tindak balas arwah dengan setiap kata-kata@arahan relatif, saya mahupun doktor). Pengajaran di sini, kita sebagai 'health care giver' haruslah menjaga hati dan perasaan setiap pesakit dan relatif mereka. Supaya mereka tidak tersinggung dan kita pun tidak menyesal dengan keterlanjuran apabila mendengar khabar pemergian mereka.
Al-Fatihah buat arwah Zaini Zalaila.




Wednesday 13 June 2012

Selamat Hari Emak..

Tarikh  : 30/05/2012
Tempat : Our Kitchen

Ada pendapat yang mengatakan menyambut hari ibu nie tak boleh dalam Islam.. Ada yang sebaliknya..
Tapi bagi Aimi hari-hari ialah Hari Ibu,,ermm Hari Emak la sbb Aimi panggil Mak,,bukan Ibu..hehehe..
that means everyday I will try to do something that would make my mom pleased.. (^_^)

Kebetulan adik Aimi sedang cuti sem,,dia baru abeh intersession sem dia tuh,,so Aimi guna peluang nie tuk masak2x with my sis to my mom n dad..hihi..
nak tahu ape menunya??

tadaaa!!!

~Nasi Dagang Kelantan~

1st time taw buat nie..Alhamdulillah menjadi..
#p/s: nie kalau kawen ngan org kelantan nie,,leh bodek mak mentua dah nie..hihihi#

acar in progress...

acar done

fish gravy in progress..

fish gravy done..

santan,bawang merah n halba.. 4 the rice..

tadaaaa.. Alhamdulillah..siap..simple but nice

not forgetting..the dessert..

03:05pm
13/06/2012



Monday 11 June 2012

Seminggu Di Kampung

Tarikh   : 20/05/2012 - 27/05/2012
Tempat : Sg. Keroh, Air Kuning (umah maklong)
Tujuan  : Jaga opah

Firstly, let me tell u all about my opah.. Aimi dilahirkan di Teluk Intan. So, sebelum kami sekeluarga berpindah ke Sitiawan pada tahun 1993, kami sekeluarga tinggal di Kg. Raya, Tapah. Kiranya Aimi duduk di Tapah lebih kurang 2tahun lebih la..
My sis lahir bukan Sept 1993 kat Lumut.. Opah pun tinggal bersama kami di Sitiawan.. Opah yg Aimi ceritakan ini opah belah ayah (mak kepada ayah Aimi la).. Orang lain ada 2 opah n 2 atok tapi Aimi cuma ada satu Opah nie aje sebab yg lain tu dh meninggal dunia..
Opah duduk dengan Aimi sejak Aimi lahir ag, kami pindah Sitiawan pun opah ikut sekali..
kiranya my family : opah,ayah,mak,aimi n fikah..
Opah yg jaga aimi n adik..
Mak n ayah keje,,opah yg jaga kami berdua bila mak n ayah xde
TAPI...
sampaila umur aimi 15tahun,,aimi form4 masa tu,tahun 2006..
pagi tu mcm biasa, aimi, adik, mak n ayah sedang bersiap nak pergi sekolah
tetiba aimi dengar suara orang menjerit..
rupanya opah yg dlm tandas menjerit panggil nama ayah..
opah terjatuh dlm tandas..
pintu plak terkunci dr dalam..
badan opah agak besar..
tandas yg kecil..
kami 4beranak dah panik, ayah soh opah bukan kunci pintu tapi xboleh,,tangan opah xdpt bukak agaknya
nak x nak ayah tendang pintu,,menjeritla opah sbb pintu tu lg tolak dia..
aimi,mak n adik dah menangis kat luar..
akhirnya boleh keluar tapi opah xboleh berdiri
so ayah dudukkan opah atas kerusi..
panggil ambulans
opah dimasukkan ke hospital..
kaki opah patah..kaki opah kena masuk besi..

Sejak tu, opah xduduk ngan kitorang..opah duduk kat air kuning, umah maklong(kakak kepada ayah aimi)..
sebab kalo opah duduk ngan kitorang xde sape nak jaga time tu,,aimi pun masih sekolah..mak ayah keje plak tu..

Sampaila sekarang opah masih duduk di atas kerusi roda..
Baru2x nie plak,,opah nie xnak menyusahkan cucu-cucu dia kononnya(sepupu aimi), dia nak turunkan langsir,xbape nak sampai so dia nak kaut je ngan hanger,,ntah mcm mane,kaki tersadung terjatuh la lg..
menjerit la dia,,sepupu aimi bawak opah gi hospital teluk intan..
tp buat x-ray sume doktor ckp xde pape..so baliklah rumah..
yg peliknya kaki opah xleh nak jejak..sakit katanya..

tu yang Aimi gi balik kampung tu,,dah Aimi xde buat pape kat umah..lagipun adik ade gah cuti, so adik la yg dok umah ngan mak n ayah,,aimi plak balik kg..

so tugas aimi sepanjang di kampung,,tolong kak yan, kak joyah n maklong uruskan opah..
aimi nak uruskan sengsorang aimi xmampu..
so kami sama2x jaga opah..
#angkat opah dari katil#
#mandikan opah#
#tukarkan pampers#
#sikat rambut opah#
#siapkan makanan#
#dan lain2x#

yg angkat opah dari katil tu kena berdua, aimi xlarat nak angkat sorang..
mandikan opah, aimi sorang aje sbb kak joyah n kak yan ade bahagian keje masing2x..
syampukan rambut opah..sabunkan badan opah..
opah mesti cakap kat aimi hari2x tima aimi mandikan opah,,"penat ke kamu aimi,,opah menyusahkan kamu aje,,mcm baby aje kamu mandikan opah mcm nie"..
pernah sekali tu aimi nangis time mandikan opah..
time tuh mmg emosi giler,,sebak sangat..

aimi takot sangat kalau lepas nie aimi xdapat nak buat mcm nie kat opah ag..
AIMI SAYANG OPAH..

hari last aimi kat sana,,pagi tu time mandikan opah,,mcm biasala aimi mandikan opah..
opah rasanya dah mula merindui aimi masa tu,,saje dia melambat-lambatkan,,suruh cucur air sini,,gosok sini..hehehe..opah..opah.. (^_^)

INSYAALLAH NANTI KITA BERJUMPA LAGI YER OPAH..

21/12/2007-majlis khatam al-quran aimi,adik n kak imah

20/09/2009 - time raya..cantik x tarikh? (^_^)

20/09/2009 - opah n anak lakinya n cucu2nya..

11:05pm
11/06/2012




Thursday 17 May 2012

Alhamdulillah..Rezekiku Di Sini



Assalamualaikum. Dah lama Aimi tak update blog Aimi. Aimi xberapa sihat aritu. Alhamdulillah Aimi dh beransur pulih.

Entri Aimi kali ini, Aimi nak tulis, nak kongsi betapa bersyukurnya Aimi ke atas hadrat Ilahi atas rezeki yang diberikan. Mungkin Aimi agak lewat berbanding rakan-rakan yang lain, tapi tidak mengapa, ini ujian yang Allah berikan.

"  Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari, DIA datangkan hujan petir. Kita bersedih dan tertanya tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah. "

Alhamdulillah, Aimi berjaya melepasi ujian temuduga haritu dan tadi Aimi dah dapat keputusan yang Aimi berjaya masuk ke Diploma Kejururawatan, Universiti Sains Malaysia Kampus Kubang Kerian, Kelantan.

Alhamdulillah Ya Allah.. Aimi bersyukur sangat.. Terima kasih Ya Allah..


pemandangan HUSM dari depan tempat Aimi menginap

hehe..bergambar b4 gi interview

with my mom,b4 bertolak gi interview kt USMKK
my dad..pemberi semangat Aimi

dah abeh interview baru lapar..hehe

chicken rice..radix fc

chicken chop...

umm nyummy..

bye bye,,nak pulang dah




Tuesday 8 May 2012

Jenis-jenis Hati


Assalamualaikum w.b.t.

Aimi just update laman http://tasteoflove-eyemeamaryllis.blogspot.com/p/indahnya-islam.html
dekat page tu,down there,u will see a youtube video which Aimi shared it there..
A video about Jenis-jenis Hati..
Satu video yang menarik bagi Aimi..
Jenis-jenis hati manusia yang diumpamakan dengan empat jenis cawan..
1 : Cawan yang ade kotoran di dinding dalam cawan tu
2 : Cawan yang pecah-pecah di badan cawan tu
3 : Cawan yang ada penutup
4 : Cawan yang bersih tiada sebarang kekotoran

Hati manusia dapat diumpakan dengan cawan-cawan (bekas) tersebut apabila kita masukkan air ke dalam kesemua cawan tersebut.


Nak tahu bagaimana ia dumpamakan, silalah pergi laman yang telah Aimi link kan tu..dan lihatlah video yang telah Aimi share di situ..

Terima kasih..
Wassalam..
(^_^)



Monday 30 April 2012

Gambatte !



Gambate Aimi !
Ya Allah, tasukete !
Kau permudahkanlah segala urusan hamba-Mu ini pada esok dan lusa hari..
Bagilah segalanya berjalan dengan lancar..
Semoga Aimi, mak n ayah selamat sampai dan selamat pulang..
Amin Ya Rabbal Alamin..


10:05pm
30042012




Thursday 26 April 2012

Berhati-hatilah !

Kejadian ini berlaku semalam..Menimpa ayah Aimi..
Ceritanya bermula begini..
25/04/2012
07:30am - Ayah pegi bank, nak keluarkan duit, kan gaji dah keluar. Tapi xdpt nak keluarkan sebab bank tutup pintu..xboleh nak masuk..ayah pegi pagi tu kononnye xramai org tp dh xleh nak masuk, so ayah pun pegi la keje mcm bese.

01:00pm - waktu rehat ayah. sepatutnya dalam 01:15pm tu ayah dah sampai umah..tapi dh dekat nak 2lebih,emm mungkin ayah ade hal kot, tu yg balik lambat tuh..Aimi pun on9 aje la mcm bese sambil tunggu ayah balik..kul 02:30pm mcm tu Aimi dengar ayah jerit panggil turun bawah,,soh bwk hp Aimi yg ade kamera tuh..pelik la..la nape plak nak bwak, nak tgkap gmbar ape..So Aimi pun turun la..
Ayah bawak Aimi keluar umah, ayah sok tgok kete,,
Ya Allah,,inilah ape yg Aimi tgok..Jom tengok apa yang Aimi tengok !


Ha!!! Cermin kete myvi baru tu pecah!!!..cermin belah seat tepi driver..naseb baik cermin kete aje,,naseb baek xde pape yang berlaku kat ayah Aimi..
nie cerita ayah Aimi :
time waktu rehat pejabat tu, ayah Aimi pegi la bank nak keluarkan duit..kan pagi td xdapat nak keluarkan duit..nak pegi bank tu ayah bawak la satu beg sederhana kecik,,sbb bahaya tinggalkan beg dalam kete..sebenarnya beg tu xde ape2 pun dalamnya,cuma ade bekas pensil,alatan ayah keje aje..
dah selesai di bank, ayah pegi kedai fotostat plak,sbb mak nak tambah bahan mengajar so nk kene fotostat..
kali nie ayah xbawak beg tu sbb kat situ sunyi xde org,lagipun xlama dlm kedai tu,dalam 5minit aje pun..
tgok2x,,balik2x aje dari kedai fotostat tu,,tengok dah pecah cermin kete seat tepi driver..n then beg tu dh xde..hummph,,dasyat tol..org tu mesti dah target ayah Aimi dr bank tu lg..org tu ingtkan beg berisi duit agaknya..Ya Allah Ya Tuhanku,Kau sedarkanlah dan ampunkanlah dosa2x org yang menganiaya ayah Aimi nieh..naseb baik ayah Aimi xde pape..Aimi terfikir gak kalau la ayah bawak beg tu ke kedai tu,org tu kan dh ekor ayah dr bank ag,,mesti dh jd kes ragut kan?..n then kalo ayah berkeras,ntah pape plak yg org tu buat kat ayah Aimi kan?..Nauzubillah..syukur sgt yg xde pape jadi kat ayah Aimi..

p/s : Peringatan buat kawan2x, saudara serta saudari sekalian, berhati2lah..berwaspadalah..jangan letak beg di dalam kereta anda jikalau anda nak keluar dari kereta..masuk dlm bonet..okeyh..

02:37am
27042012




Thursday 19 April 2012

Ikan OOooh Ikan !

Hari ini Perak cuti sempena hari keputeraan Sultan Perak..
So Aimi ngan mak n ayah gi shopping ler,,barang dapur banyak abeh ma..
tp ini bukanlah cerita yg Aimi nak ceritakan..
topik utama hari ni IKAN SEMBILANG..
kan cuti, so mak Aimi amek kesempatan hari ni dia nak masak..Aimi pun
tolong lah sama..
beberapa hari yang lalu ayah ade beli ikan sembilang..

ha ini lah rupenye ikan sembilang..
Ikan sembilang nie lebih kurang mcm ikan keli la..
Aimi pun xreti nak bezakan sebenonye..
Kat umah nie,only my mom n dad aje yg tahu bezanye..hihi
Aimi tahu makan aje..
Korg pun tahu kan kalo nk goreng ikan keli mesti minyak dia meletup2x kan>
So Aimi rase ikan sembilang pun mesti mcm tu gak..
So awal2 Aimi ckp kat mak yh Aimi surrender masak ikan keli,,takot minyak percik..huhu

Rupenye,,mmg betol yeop oii,,meletup2..kalo setakat plup plup area kuali aje xpe, nie plak smpi ke lantai,ke dinding atas, abeh berselemuih dapur ngan minyak ikan aje..
huahuahuahua apelagi riuh la dapur tu ngan jeritan Aimi n mak..
hahahaha..lawak betol asenye..
yg lagi lawak,,ade meletup kali bape ntah..mak biarkan aje,,pastu bila dh reda siket mak gi la kat kuali nak 
terbalikkan ikan..tetiba mak gelak..
dlm gelak mak ckp,"hebat tup minyak meletup sampai ikannye pun melompat keluar..hahaha..mak nak terbalikkan tapi aiii nape ade satu aje dlm kuali,,rupe2nye elok terdampar atas dapur..hahaha".

cerita ini mungkin biasa bg korg tp ini merupakan pengalaman yg best..cooking together with my mom..i'm
enjoying it..love u mom..

inilah hasilnye..hehehe
p/s : thankx ayah sbb mop lantai pas dinner kita td yer??..hehehe.. Aimi plak kemas dinding dapur yg         penuh dengan minyak gak..
p/s : pasnie Aimi serik dh nak masak ikan sembilang @ keli..hehe


09:00pm
19042012


Monday 16 April 2012

Jangan Menyerah !

Assalamualaikum..
Aimi baru berkesempatan nak tulis entri nie..
Ahad lalu, Aimi terharu sgt coz my sahabat baik from Terengganu dedicated his latest blog's
entry just for me..
I was touched.. Thank u so much..
Aimi bertuah sgt sbb dpt mengenali dia..
Bila fikir-fikir balik, sejak perkenalan kitorg time sekolah menengah dulu pun,
time Aimi perlukan pertolongan,dia akan tolong ape yg dia mampu.
Time Aimi sedih,kalo dia tahu,em mcm kes nie la,dia akan suntikkan semangat..
Terima kasih sahabat, MAAMH..
Terima kasih Ya Allah kerana memberikan Aimi peluang untuk mengenalinya..
(^_^)

In his entry, dia dedikasikan lagu 'Jangan Menyerah'..
Aimi pun nak letaklah lagu tu kat sini..hehe..

11:35am
17042012



Saturday 14 April 2012

Syukran Ya Akhi. . . . .


 " ass-sodiq waqtadh-diq " = " sahabat masa kesempitan "
Waktu seseorang kesukaran, sahabat yang sejati akan memunculkan dirinya bagi membantu sahabatnya. Sahabat yang gagal memberi bantuan ketika itu tidak dianggap sahabat sejati.


MAAMH..
Ya akhi..
syukran jiddan atas kata-kata renungan yang mencerahkan, penuh makna dan
membangkit semangat Aimi..
Terima kasih atas doamu..
InsyaAllah Aimi akan doakan untuk kamu juga..
Kita sama-sama berdoa..
InsyaAllah..


Syukran ya akhi..
Semoga hubungan persahabatan ini berkekalan..
Ala kulli hal,
ukhwal fillah al-islamiyah..
(^_^)

02:45pm
15042012



Friday 13 April 2012

Rindu Genit !

arini xdepape post yg nk dipublishkan..
emm disebabkan hati Aimi rindu sama ini genit, maksud Aimi, Darwisy la..
hehe..
Aimi nak letak video Awisy..
MakLong Aimi rindu sama kamu ya Awisy.. Mmmuah!!





Wednesday 11 April 2012

Awisy.. Chaiyok 2x!!


video ini aimi ambil masa kat kampung aritu.. si ibu n fiqah rancak bersembang pasal lesen kete..
sebab kak nani gah belajar dlm proses nak dptkan  lesen..
tanya pasal ujian kete bagai..
hehe..
aimi plak fokus kat awisy yang berusaha nak menerap pastu dh menerap nak terlentang balik amat payah..hehe
sian tgok awisy..bersusah payah dia..
berpeluh2 kepala dia..
sampai satu masa tu kepala terhantuk,,terus ibu awisy (kak nani) angkat awisy..haha..
alolo siannye awisy maklong aimi..


baby tepi awisy tu iman.. iman masih xleh menerap..xpe xpe..nnt iman leh jd mcm abg awisy ey..hehe






Monday 9 April 2012

Berkelah Di Kandang

date : 07/04/2012
venue : kandang
time : 05:30pm

ahli-ahli rombongan (konon..haha) :
-opah (ketua)
-my makcik : mak long
-my father : ayah
-my cousin : abg azhari + kak nani(wife) + baby darwisy
                  : abg ngah + kak ngah(wife) + ain + kila(adik)
                  : kak joyah + baby iman
                  : kak yan
-my sis : fiqah
-me : aimi
(haha,,poyo)
petang nie, satu umah kat kg berkelah di kandang.. satu umah tu maksudnya,,opah n the gang..cayalah opah,,opah pun ikut sekali..hehe
kandang ni sbenarnya arwah pak long punye..so skrg anak2 arwah la yg smbung jaga..
kat kandang nie deme ternak lembu..
pastu ade lombong ikan kat sini..
so aktiviti kami petang nie mula2 menjala ikan..abg ngah la yg jadi tukang "menjala" ikannye..hihi
yg lain tu jd tukang memerhati aje..huhu
sambil menjala ikan,,abg azhari pulak menghalau lembu masuk balik kandang..hehe..
dh mcm lembu masuk perbarisan aje aimi tgok..huwahuwa..
dah abeh menjala,,apelagi,,perut pun lapau,,MAKAN time!!
menu: bihun sup..
nyum nyum..

perbarisan para lembu.. haha
ayah umpama komandor.. haha.. abengah menebo jale

bay awisy n baby iman

Friday 6 April 2012

Balik Kampung

esok... maksud aimi hari ni aimi nak balik kampung..nak jumpe opah..rindu opah..lama dh xjumpe opah..
opah aimi xbape sihat.. tangan tersalah urat pastu bengkak..dh nak seminggu dh..so esok nak pi lawat dia la..tido satu malam di sana..
pastu hari ahad tu aimi nak anta adik plak kat UITM Shah Alam,,kampus puncak perdana..
adik aimi fast trek,,sebab tu la dia balik awal,,sepatutnya budak dip skrg gah cuti 3 bulan kan?
yg adik aimi nie disebabkan dia fast trek,,tu yag masuk awal,,buat intersesi..hihi
semoga berjaya adik (^_^)
nak gerak awal pagi..tapi aimi masih xtido lagi..hehe..macam bese..
INSOMNIA..hahaha

07/04/2012
03:50am



Saturday 17 March 2012

BuTa sEmEnTaRa .....

date   : 03/03/2012 - 06/03/2012
venue : cafe syeikh abdul malek (cafe baru), pusat kesihatan UMT & bilik 309-3

aku pun xsangka kejadian ini akan menimpa diriku..for the first time in my life..dengan hanya seekor serangga (kata dktor lah) yg memasuki mataku..

ceritanya bermula begini :

03/03/2012..sabtu..lepas isyak..kolej kediaman ade menganjurkan sambutan maulidur rasul kat cafe baru..dayah ajak turun tgok..so kami satu geng pun turun kecuali zirah..keadaan masih normal..tiba tang ade persembahan nasyid aku rasa mcm ade sesuatu masuk dlm mata aku..sgt xselesa..keras benda tu..aku bedik2 mata,,terasa aje 'benda' tu dlm mata..aku soh la achik tgok mata aku kot2 la ade pape dlm mata aku..tp achik ckp xde pape pun dlm mata aku..so aku biarkan ajelah..wat mcm bese..tiba time xselesa aku pun tenyeh2 la mata ngan harapan pegilah 'benda' tu..

04/03/2012..ahad..siang seperti biasa..tp malam tu..ahad malam isnin..mata aku start sakit..mata kiri aku tu start panas,,pedih,,n merah..n then secara tetiba air mengalir aje..mata pun jd kecik.. atas nasihat 'someone' dia suruh tuam ngan air panas..ok,,aku tuam n then aku tido.. TETAPI

Friday 16 March 2012

BeSdaY 7

venue : KFC Dataran Syahbandar
date   : 29/02/2012

tahun nie sekali lg geng kami buat sambutan hari jadi sekali gus..hehe..nak save budget..huhu xperlu setiap kali besday kuarkan duit beli kek..huhu..
so pagi2x tu pukul 9.45 pagi kami pn gerak la dr hostel ke jalan besar kononnye nak naik bus keranda..tunggu la punye tunggu..bus keranda patutnye lalu situ dlm pukul 10 tp jam dh menunjukkan pukul 10.05..tunggu aje lah lg..tetiba nmpk bus keranda tu kat traffic light sana..xlalu kat sini pun!!..dh gabra dh..kebetulan xlama pas tu lalu la pokcik van kuning kat kami..dia tanye kami bertujuh nak ke mane..kami pun ckp la yg kami nk ke Bandar gah tunggu bus keranda..pokcik tu ckp bus keranda xlalu situ dh..kene tunggu beberapa jam lg..pokcik tu offer kami naik van,,so kami pun naik la kan,,xkanla nk tunggu beberapa jam lg plak kan?..huhu..
so our first detination..CIMB Bank kat bandar..masing2 nk kuarkan duit..hehe..dh kuarkan duit,,kami berjalan kaki ke KAMDAR..konon nak beli kain ela utuk hadiah utk tiap sorg..tp hampeh..mahal btol harga kain kat sane..dh la mahal xlawa plak tu..so cancel la plan nak hadiah kain ela..next destination,,kedai kek SWEEDEN..ondaway nak gi kedai kek,,singgah la kedai2 tepi jalan tu..aku beli cekak n sepit rambut..achik beli suar jeans..kak azie beli suar track..n yg lain pun adela beli something..dh beli kek,,so detinasi utama,,KFC..huhuhu..
so..sambutlah kami di situ.. (^__^)
dh selesai celebrate,,perut pun sudah kenyang,,destinasi seterusnya plak,,kat MYDIN MALL..nak beli barang2 hostel..deme la..aku x..aku juz ikut aje..sbb xdok pitih sgt time tu..huhuhu..
satu trolley tu barangan kami sume..hahaha..buat sume org pandang aje..
lastly kami smpi di hostel semula pukul 6.45 petang..
bdn penat tp penuh dengan kenangan..
(^__^)

Lawatan Industri Himpunan Mahasiswa Matematik (HIMMAT)

venue : Mahindra Satyam,Cyberjaya
date   : 02/03/2010
time   : 09:00am - 2:00pm


HIMMAT kali ini telah menganjurkan lawatan indusri ke 2 buah tempat..Mahindra Satyam & Jabatan Meteorologi..tapi aku n geng pilih gi ke mahindra..yg mahindra perlu buat test..perghh..test dia punyela menguji minda tol..huhuhu..xsempat jawab kot..hihihi..sampai kat mahindra dlm pukul 10lebiy..lewat sudah..spatutnye kene ade di sana kul 9..dh la dh lewat,,ok xpe akhirnya nmpklah kami bangunan Mahindra di seberang sane,,excited dh,,so tunggu nak masuk simpang aje,,driver bas kami pun straight aje la nk u-turn..tp dh bape byk lalu traffic light sume xleh u-turn,,yg leh u-turn xmuat plak tuk bus..so driver kami pun straight ajelah lg nk cari jalan tuk ke sebelah sane..yg lawaknye kami jumpe jalan mula2 td..hahahaha..kami dh tawaf di situ rupanye..hihihi..akhirnye dpt gak smpi di dpn bangunan Mahindra Satyam..huhu..

lawatan kat mahindra selesai dlm pukul 3 mcm tu..so masa free nk la jejalan kat kl..bukan selalu kan?..hehehe..kami yg di dlm bus nie punyer la excited nk gi KLCC,,geng aku besela dh tanam nk gi KINOKUNIYA..nak tebus voucher buku..huhuhu..tp bus yg lawat Meteorologi plak wat hal..ckp soh gi SOGO..bus kami beralah so pogilah Sogo..hnye mampu memandang KLCC dr dlm bus shaja..(T_T)
sampai kat SOGO aje,,hati kami mnjadi panas..bebudak Meteorologi xde pun kat SOGO,,ade yg ke KLCC,TIMES SQUARE,,huhhh!!! hampeh!!! sgt sakit hati!!..sian sungguh kami..terkilan taw..huuuuuuuuu

Tuesday 13 March 2012

LawAtAn Ke jEnaG0R !!!

date : 16/02/2012 - bertolak dari Manjung ke UMT
         17/02/2012 - UMT
         25/02/2012 - lawatan ke Jenagor under PEMADAM (pusat pemulihan akhlak , major dadah)

dlm bus. ondaway g. acik poyo. huhu
tangga nak ke jeti
pergh dayah posing. hehe
hanye br5.. fizah n achik xde

sume bajet r
nice view

bluwekkk!! acik bajet kiut. haha