REFLECTIVE JOURNAL
KHAIRUN AIMI BINTI KHAIRUN ANUAR
D-Describe objectively what happened
Sekadar perkongsian pengalaman.
Pada minggu kedua saya berada di wad 3 Utara, tugas
harian saya seperti biasa, basuh BO, IO chart, sukat urine dan lain-lain.
Journal saya kali ini hanya untuk berkongsi satu pengalaman manis dan pahit
sepangjang 2 minggu di 3 Utara.
-25/11/12(Ahad).. Shift petang. Setibanya saya di
wad, saya dikejutkan dengan berita salah seorang pesakit yang pernah saya jaga
sekejap telah meninggal dunia. Saya terus terbayang apa yang berlaku pada malam
terakhir praktikum saya pada minggu pertama.
I-Interpret the event
Paling mengharukan dan menyedihkan apabila dikenang
kembali memori itu.
-21/11/12(Rabu).. 9.00pm, ketika itu saya sudah mahu
pulang. Sedang berjalan, saya lihat arwah menutup mukanya dengan tuala 'good
morning' yang lembap. Terdetik di hati saya ingin bergurau dengan arwah. Saya
tarik sedikit hujung tuala itu dan "CHAKK!" dengan arwah. Arwah tidak
membuka matanya pun, malah menarik semula kain tuala itu. Saya berkata kepada
arwah, "Dik, kak aimi nak balik dah..Adik tak nak tengok ke kakak balik?
Esok akak xdatang kerja dah. Hari Ahad baru akak datang balik". Tetapi
arwah masih enggan membuka kain tuala yang menutupi mukanya. Saya pun usap
lengan dia dan berkata,"Erm xpelah dik..Kak Aimi balik dulu ya..Nanti kita
jumpa lagi tau". Saya pun berlalu. Baru 5 kaki melangkah, kakak kepada
arwah memanggil. Saya menoleh. Saya lihat arwah memandang saya dan melambai saya
supaya datang ke arah dia. Arwah hulurkan tangan, kakak arwah kata kepada saya
yang arwah nak amin(salam tangan saya). Saya pun capai genggam tangan arwah.
Arwah salam dan cium tangan saya. Tidak saya sangka, itu merupakan salam dan
ciuman tangan yang pertama daripada seorang pesakit dan yang terakhir daripada
arwah Zaini Zalaila,18 tahun.
E- Evaluate the effectiveness and efficiency of what
was observed.
Walaupun sekejap, tapi saya tidak menyesal kerana
saya telah melakukan sedaya upaya saya untuk menyenangkan dan tidak menyakiti
hati pesakit.
-19/11/12.. Saya mengahantar dan menunggu arwah di
Jabatan Radiologi. Di jabatan radiologi, saya telah menjadi cheffron kepada
doktor lelaki cina yang melakukan ultrasound di abdomen arwah. Setelah selesai
di bahagian ultrasound, arwah telah dibawa pula ke bahagian x-ray. Di bahagian
x-ray, saya telah menolong doktor di situ mengeluarkan cecair dari tiub di
hidung arwah. Di luar bilik x-ray, arwah lihat ke arah saya, arwah menangis,
arwah tunjuk ke arah hidungnya, cuba untuk menarik keluar tiub itu. Saya tahan,
saya cuba tenangkan pesakit, saya usap-usap tangan pesakit bagi meredakan
perasaan arwah. Arwah mesti berada dalam keadaan kesakitan.
-21/11/12.. Saya shift petang. Saya masuk wad dan dapati arwah masih berada di dalam wad 3
Utara. Dengan maklumat yang diterima daripada member shift pagi, arwah telah
melakukan pembedahan. Saya lihat ada kesan jahitan pada perut arwah. Pada malam
itu, saya bersama-sama Aza, Aishah, Amalina dan Ash telah melakukan 'sponging'
kepada arwah. Arwah sangat sukakan air. Arwah tersenyum dengan sendiri apabila
air terkena pada kepala dan badannya. Kami terhibur dengan telatah arwah. Siapa
sangka, malam itu merupakan malam terakhir kami bersama arwah.
P-Plan how this information will be useful to you.
Menyenangkan, menenangkan dan terima setiap keadaan
pesakit amat penting kepada setiap 'health care giver', termasuklah jururawat
mahupun doktor. Bagi kes ini, supaya tiada kekesalan yang terbit di hati
apabila menerima khabaran 'pemergian' arwah. Bukan saya nak kata saya ni baik,
tapi saya mengambil iktibar apa yang berlaku di dalam Jabatan Radiologi. Semasa
saya mengeluarkan cecair dari dalam badan arwah melalui tiub di hidungnya,
entah macam mana, tiub itu terbuka dan cecair yang keluar itu mengeluarkan bau
yang agak busuk. Yang menyedihkan saya, beberapa doktor di sana secara
terang-terangan menunjukkan riak muka tidak senang dan bertindak menjauhkan
diri dengan arwah. Malah, saya terdengar perkataan, "Busuknya". Saya
yang tiada kaitan dengan arwah pun terasa sedih apatah lagi empunya badan dan
seorang relatif pesakit yang berada di situ. Walaupun arwah seorang pesakit
OKU, tidak boleh bercakap tetapi dia faham setiap apa yang kita kata
(berdasarkan tindak balas arwah dengan setiap kata-kata@arahan relatif, saya
mahupun doktor). Pengajaran di sini, kita sebagai 'health care giver' haruslah
menjaga hati dan perasaan setiap pesakit dan relatif mereka. Supaya mereka
tidak tersinggung dan kita pun tidak menyesal dengan keterlanjuran apabila
mendengar khabar pemergian mereka.
Al-Fatihah buat arwah Zaini Zalaila.
No comments:
Post a Comment