Konsep 5K adalah cetusan dari 4 Saranan Rasulullah SAW dalam memilih pasangan hidup yg Islami:
1. Kenal - Rasulullah SAW syorkan mana-mana pasangan yang nak nikah, kenal dulu siapa bakal suami/isterinya. Sekurang-kurangnya kena tengok dulu wajah dia. Kenali dia dulu samada dia seorang yang mempraktikkan agama atau tidak. Kenal = kenali melalui saluran yg betul. Samada melalui mahramnya atau wakilnya. Kenal = bukan sampai kapel.
2. Kelas - Rasulullah SAW syorkan umat Islam pilih dari kelas keturunan yang baik. Agar dapat nasab yang baik. Bukan dari kelas penzina-penzina yang enggan bertaubat.
3. Kufu - Rasulullah SAW syorkan pilih pasangan yang sama kufunya dengan diri dan keluarga. Contohnya, jika kita orang miskin janganlah kita nak kawin anak raja pula. Jangan sampai menyusahkan keluarga nak keluarkan kos tinggi semata-mata nak minang anak orang kaya. Pilihlah yang sederhana dan memahami.
4. Kasih - Bila dah kenal orangnya, tahu profilenya, tahu keluarganya, keluarga kita boleh terima - keluarga dia boleh terima, elemen yang penting juga adalah berKENAN atau tidak kita padanya, BERKENANkah dia pada kita. Jika dua2 dah berkenan, maka timbullah kasih. Tanpa kasih, tidak akan wujud sesebuah keluarga. Kasih bukan bermakna kena berkasih dulu. Tidak. Kasih lebih kepada kenan.
5. Kahwin - Bila keempat-empat elemen di atas diredhai oleh kedua-dua mempelai dan keluarga, maka kahwinlah kamu. =)
Kata Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi :
أود أن أؤكد ما ذكرته مرارًا: أني لا أحبذ ما يقوله بعض الناس في عصرنا من ضرورة " الحب قبل الزواج " لأن هذا الطريق محفوف بالخطر محاط بالشبهات.
"Ingin saya tegaskan sekali lagi apa yang telah saya kemukakan beberapa kali : bahawa saya tidak setuju dengan slogan sebahagian orang zaman moden tentang "Bercinta sebelum berkahwin", kerana jalan yang begitu penuh dengan bahaya dan meliputi samar-samar." -[Fatawa Mu'ashirah - 2]
"Walau bagaimana cara kita cuba mengindahkan cinta sebelum kahwin dengan kata2 indah, hakikatnya yang terindah tetap cinta selepas kahwin."
Terbaiknya, jaga hati baik-baik sblm kahwin. Kita nak serahkan hati yang dalam keadaan baik murni pada pasangan kita selepas kahwin nanti.
Simpan satu cinta untuk satu suami yang sah. Simpan mahkota kehormatan dan kesucian untuk satu suami yang berhak. Biarlah orang lain nak pegang-pegang, tapi kita sekali-kali jangan. Bina kubu pada dirimu, nescaya Allah bantu bina kubu yang lebih kukuh pada imanmu. Bina pagar sementara pada kehormatanmu, sebelum Allah ganti dengan title "Muhsanat" (isteri orang yang terpelihara dengan pagar khusus) dengan perkahwinanmu.
♥ ♥ ♥ Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :
" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..
✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..
p/s : Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥ ♥ ♥"
Indahnya jikalau dia mampu jadi Imamku, tuntun jalan bersama ke dua syurga; syurga cinta & Syurga Dia ♥
Wanita yang cerdik akan pilih lelaki yang mampu jadi imam solatnya. Boleh ajar dia solat, boleh bimbing dia. Boleh bangun solat bersama-sama di setiap sepertiga malam. Indah kan?
Lelaki macho bukan lelaki stylo, lelaki cool bukan lelaki mulut manis berkereta hebat, bekerjaya mantap..bukan. Tapi hanya kerna dia mampu jadi Imam.
Nak lebih lanjut ==> http://selamattinggal.blogspot.com/2011/10/hanya-kerna-dia-imam.html
"Berdua denganmu yang sudah halal bagiku, pasti lebih baik." ♥
Bersenda gurau lah dengan yang halal agar tenang hatimu, senang jiwamu, bahagia hidup berduamu. Jika dengan yang tidak halal, bersenda gurau pun tidak tenang. Lazat tetapi bermaksiat lagi berdosa. Berbeza dengan yang halal, nikmat lagi berpahala lagi mengeratkan hubungan rumahtangga.
thankx rusydee artz ==> http://selamattinggal.blogspot.com/2011/10/berdua-denganmu-pasti-lebih-baik.html
No comments:
Post a Comment